Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia menyangkal laporan yang menuduh tentera udara negara itu telah melancarkan serangan udara ke atas bandar Idlib baru-baru ini. Mereka berkata pesawat-pesawat tempur negara itu tidak pernah menyasarkan bandar yang dikuasai militan itu sejak permulaan tahun 2017.
"Pesawat tempur Rusia tidak penah melancarkan sebarang serangan ke atas Idlib pada hari semalam atau minggu ini dan bahkan sejak permulaan tahun 2017," kata Kementerian Pertahanan Persekutuan Rusia di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa sambil menambah, "Sebarang informasi berkaitan serangan ini adalah sebuah penipuan jelas."
Pada awal hari Selasa, beberapa siri serangan udara dilaporkan dilancarkan ke atas Idlib sekaligus mengakibatkan kematian serta kemusnahan di bandar yang dikuasai militan itu.
Kumpulan Pemerhati Syria berkitan Hak Asasi Manusia (SOHR) yang mempunyai hubungan baik dengan kumpulan pembangkang Syria sebelum ini berkata bahawa 26 orang terbunuh termasuk 10 orang warga awam berikutan beberapa siri serangan udara.
SOHR walau bagaimanapun gagal mendapat kepastian berkaitan pihak yang bertanggungjawab di atas serangan tersebut.
/315